fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan jimat RM600 juta laksana penyasaran subsidi diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PETALING JAYA – Kerajaan berjaya menjana penjimatan sebanyak RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel menerusi program Budi Madani bermula 10 Jun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor kritikal lain yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Katanya, perkara itu termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan antaranya seperti jalan, hospital, dan sekolah.

“Di samping itu, peruntukan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 turut ditingkatkan berbanding peruntukan tahun 2024.

“Kerajaan akan terus komited dalam mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif selaras dengan hasrat Kerajaan dalam menaikkan lantai di bawah Ekonomi Madani,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) tentang penjimatan kerajaan daripada subsidi diesel yang telah ditarik dan kaedah kerajaan untuk menggunakan jumlah penjimatan tersebut.

Mengulas lanjut Hui Ying berkata, di bawah
program Budi Madani terdapat tiga sub-program utama iaitu Program MySubsidi Diesel melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0), BUDI Individu dan Budi Agro-Komoditi.

“Di bawah SKDS 2.0, 23 jenis kenderaan diesel pengangkutan barangan darat yang menggunakan kaedah fleet card akan kekal menikmati harga diesel pada kadar RM2.15 seliter.

“Selain itu, Kerajaan juga menyediakan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun kepada individu pemilik kenderaan diesel persendirian, golongan petani dan pekebun kecil di bawah Budi Individu dan Budi Agro-komoditi tertakluk kepada kriteria kelayakan yang ditetapkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI