fbpx

Dewan Negara: Kerajaan luluskan 90 projek untuk Wilayah Persekutuan Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha di Dewan Negara hari ini. - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak 90 program dan projek dengan jumlah kos keseluruhan bernilai RM1.66 bilion untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, selain inisiatif Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Wilayah Persekutuan Labuan turut diperuntukkan projek pembangunan lain di bawah Rolling Plan 5 Tahun 2025, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Program dan projek ini melibatkan pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan Persekutuan.

“Pecahan daripada jumlah tersebut, 22 adalah program dan projek baharu, manakala 68 merupakan program dan projek sambungan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah terdapat projek-projek pembangunan untuk Wilayah Persekutuan Labuan selain daripada pemasangan 180 buah kamera litar tertutup yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2025.

Mengulas lanjut Zaliha berkata, program dan projek baharu yang telah diluluskan merangkumi pelbagai sektor penting seperti infrastruktur air, perumahan, serta kemudahan awam yang melibatkan sektor pendidikan, rekreasi, pengangkutan, dan kesihatan.

“Pelaksanaan projek-projek ini dijangka memberi manfaat yang besar kepada penduduk Labuan secara keseluruhan, selain menyokong pelbagai industri yang
terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Jabatan Wilayah Persekutuan akan berusaha merancakkan aktiviti pelancongan, dengan memastikan keterhubungan pengangkutan udara dan laut diperbaiki, jumlah kemudahan penginapan ditambah, di samping memudahcara urusan transhipment supaya ekonomi Labuan akan bertambah rancak,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI