fbpx

Cuaca buruk landa 8 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan, kawasan-kawasan yang dijangka terjejas termasuk Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Melaka.

“Di Kedah, amaran cuaca buruk itu melibatkan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pahang pula hanya melibatkan Bentong.

“Bagi Negeri Sembilan, cuaca buruk dijangka tertumpu di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala bagi Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI