fbpx

Bukit Apit nyaris ‘telan’ mangsa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAUZI sayu melihat sebahagian rumahnya yang rosak di Kampung Baru Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka ter­kena runtuhan tanah di Kampung Baru Ajil, di sini kelmarin.

Ini merupakan kejadian kedua runtuhan tanah berhampiran Bukit Apit menimpa rumah penduduk selepas kejadian kali pertama mengakibatkan dua beradik maut dan seorang cedera selepas terperangkap runtuhan di Kampung Bukit Apit, Ajil pada Jumaat lalu.

Menurut Mohd. Fauzi Rani, 66, dua runtuhan yang berlaku pada pukul 4.30 petang dan 9 malam tersebut menjejaskan sebahagian struktur rumah termasuk sebuah bilik tidur dan beranda.

“Ketika runtuhan pertama berlaku, saya dan isteri, Rohani Abdullah, 51, serta lima anak berusia enam hingga 33 tahun sedang berehat di ruang tamu.

“Runtuhan berpunca dari gelinciran tanah bukit belakang rumah kami menyebabkan dua pokok tumbang dan jejaskan sebatang tiang beranda rumah.

“Saya terus arahkan semua ahli keluarga keluar dari rumah menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kata mekanik itu, kebimba­ngannya berasas apabila runtuhan kedua yang lebih besar berlaku pada pukul 9 malam.

Ujarnya, gelongsoran tanah itu menyebabkan sebatang lagi pokok tumbang dan menjejaskan struktur salah sebuah bilik tidur.

“Saya segera pindahkan lima kenderaan pelanggan yang berada di bengkel berhampiran rumah. Berderau darah kerana kejadian ini hampir sama dengan insiden di Kampung Bukit Apit yang mengorbankan dua beradik Jumaat lalu,” katanya.

Dia berkata, rumahnya berada di kaki bukit yang berada di jajaran sama dengan Bukit Apit yang merupakan lokasi tragedi.

“Kejadian tanah runtuh ini kali kedua berlaku sepanjang hampir 30 tahun tinggal di rumah ini,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI