PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Republik Demokratik Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão pagi tadi.
Anwar berkata, kunjungan itu merupakan sebahagian daripada rangka lawatan rasmi ke Malaysia bermula semalam.
“Ini adalah lawatan sulung beliau ke Malaysia sebagai Perdana Menteri, di mana beliau dan delegasi Timor-Leste diberikan sambutan rasmi serta pemeriksaan pasukan kawalan kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja.
“Insya-Allah, pertemuan ini membuka ruang untuk mempertingkat hubungan persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan Timor-Leste,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE