fbpx

Anwar arah tindakan susulan pasca banjir mulai pertengahan bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan satu tindakan susulan pasca banjir dilaksanakan mulai pertengahan bulan ini selepas peruntukan tambahan disalurkan bagi kerja-kerja pemulihan di negeri terjejas akibat bencana itu.

Perdana Menteri berkata, beliau berbangga dengan perkhidmatan yang ditunjukkan seluruh jentera kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, ini termasuk Skuad Ihsan Madani penjawat awam yang digerakkan Ketua Setiausaha Negara yang turut sama terlibat menyantuni mangsa-mangsa banjir.

“Ini satu hal yang patut kita siap. Bila surut tentunya ada beban dan tanggungjawab untuk memulihkan.

“Sebab itu kita juga sediakan perutukan tambahan untuk baiki sekolah-sekolah dan pusat-pusat pemindahan sementara (PPS), kemudahan kebersihan tandas dan sebagainya.

“Ia memerlukan satu tindakan susulan mulai pertengahan Disember ini. Timbalan Perdana Menteri melaporkan tadi bahawa ada beberapa keadaan surut sedikit tetapi dia melabuh ke Pahang dan Johor. Jadi maknanya kesiapsiagaan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI