fbpx

5 juta belia Thailand kaki judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjual tiket loteri menunggu pelanggan di sepanjang jalan di Bangkok pada 1 September 2022. - AFP

BANGKOK – Thailand bergelut dengan krisis perjudian ketika hampir lima juta remaja dan golongan belia negara itu terlibat dalam pelbagai bentuk kegiatan tersebut, demikian menurut pakar-pakar kesihatan dan ahli akademik.

Akhbar The Nation melaporkan, angka itu didedahkan oleh pakar-pakar semasa bercakap di forum anjuran Yayasan Galakan Kesihatan Thailand dengan kerjasama Pusat Pengajian Perjudian di Universiti Chulalongkorn, Jumaat lalu.

Satu laporan baharu yang diketuai oleh Profesor Madya Nualnoi Treerat dari Pusat Kajian Perjudian mendedahkan bahawa 99.3 peratus individu berumur 15 hingga 27 tahun mengenali seseorang yang terlibat dalam perjudian.

Kanak-kanak membentuk 21 peratus daripadanya, manakala belia sebanyak 26 peratus.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa 1.06 juta remaja (berumur 15 hingga 18 tahun) kini menjadi kaki judi, manakala belia (berumur 19 hingga 25 tahun) adalah sekitar 3.92 juta orang. 

Menurut beberapa kajian lain pula, lebih enam juta individu negara itu berisiko terlibat dalam isu-isu berkaitan perjudian. 

Impak negatif perjudian adalah meluas, dengan 45 juta orang melaporkan kesan buruk, daripada tekanan kewangan dan kesihatan mental yang merosot kepada konflik keluarga serta pengasingan sosial.

Pengarah Yayasan Promosi Kesihatan Thailand, Pongthep Wongwatcharapaiboon mengetengahkan kesan teknologi ke atas tingkah laku perjudian, dengan mendedahkan bahawa peningkatan pendedahan dalam platform online menarik pengguna dengan akses dan promosi tanpa henti. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI