fbpx

Waspada panggilan menyamar pegawai Cybersecurity Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – CyberSecurity Malaysia (CSM) meminta orang ramai berwaspada dengan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai agensi itu dan meminta maklumat peribadi pemanggil.

CSM menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa pihaknya tidak membuat panggilan sedemikian kepada orang ramai selepas mendapat banyak makluman berhubung perkara itu.

“Orang ramai juga diminta berwaspada dengan panggilan telefon yang mendakwa pemanggil dari Unit Kawalan Keselamatan atau Security.

Panggilan ini bukan daripada pegawai kami, malah unit itu juga tidak wujud di CSM.

“Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi atau maklumat kewangan daripada orang ramai melalui panggilan telefon. Justeru, kami menggesa orang ramai supaya berwaspada,” ujarnya.

CSM berkata, pihak yang menyamar sebagai pegawainya itu memberi pelbagai alasan seperti nombor telefon penerima panggilan (mangsa) melanggar undang-undang keselamatan atau nombor telefon akan disekat kerana terbabit dengan penyebaran berita tidak sahih.

“Antara alasan lain ialah nombor telefon mangsa terbabit dengan aktiviti scam (penipuan) menyebabkan banyak aduan diterima, digunakan untuk judi dalam talian atau penjualan saham atau sebaran maklumat palsu.

“Orang ramai yang menerima panggilan seperti itu boleh membuat laporan di [email protected],” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI