fbpx

Warga emas mati ditikam di ruang tamu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Seorang lelaki yang gagal menghubungi rakannya terkejut apabila mendapati lelaki tersebut maut dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di Taman Bahagia, Senai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki warga tempatan berusia 67 tahun itu dipercayai tinggal berseorangan di rumah itu.

“Kita menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tempatan pada pukul 11.42 pagi semalam yang memaklumkan berhubung kejadian terbabit.

“Pengadu memberitahu telah menjumpai rakannya dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Seng Lee, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.

“Tiada barangan hilang dari rumah mangsa dan kita masih menyiasat motif dan punca kejadian,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI