fbpx

Warga emas angkut guni pasir buat benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Som (kiri) dan Pah membina benteng menggunakan guni pasir bagi menghalang arus deras membadai rumah mereka di Kampung Dalam Rhu, Tumpat hari ini.- Foto ROHANA ISMAIL / KOSMO!

TUMPAT – Dua warga emas di Kampung Dalam Rhu di sini, mengerah kudrat apabila bersama-sama membina benteng daripada guni yang berisi pasir untuk mengelakkan rumah mereka musnah dibadai arus deras banjir.

Wan Som Wan Dollah, 74, berkata, dia tidak dapat tidur lena apabila air melimpah masuk ke kawasan pekarangan rumahnya sedalam 0.3 meter.

“Saya mengisi pasir di dalam guni untuk dijadikan benteng. Jiran-jiran turut mengambil langkah sama kerana khuatir arus deras boleh memberikan kesan buruk kepada tapak rumah,” katanya.

Seorang lagi warga emas, Pah Mat Ali, 77, selain banjir, penduduk di sini berdepan dengan air pasang besar kerana kedudukan rumahnya yang berada di kawasan rendah, menyebabkan air mudah bertakung.

“Saya turut membina benteng menggunakan guni yang diisi dengan pasir apabila dapat tahu ada rumah di Kampung Baru Nelayan roboh disebabkan arus deras banjir,“ katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI