fbpx

‘Umur 40 tak pernah ‘couple’, ada ke sama macam saya?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Ada tak orang macam saya? Umur 40 (tahun), tak pernah ‘couple’ (berpasangan). Tak pernah ada special boyfriend (kawan lelaki istimewa).”

Itu pengakuan dan persoalan seorang wanita yang mendedahkan yang dia hanya terfikir untuk mencari jodoh dan berkahwin ketika berumur 36 tahun.

Wanita itu memaklumkan di TikTok bahawa dirinya kini berumur 40 tahun dan berkata, dia amat sukar untuk menyukai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup.

“Ada tersuka, kejar tapi cara kejar tu tidak lah minta simpati. Tidak lah belikan barang mahal atau hadiah untuk dia. Tidak selalu WhatsApp tanya buat apa, dah makan ke, makan apa, mak ayah tengah buat apa, esok kerja ke. Tanya hal sumber manusia, ajak sembang ja.

“Dia balas tapi dah lama-lama, hilang sendiri. Senyap sesama sendiri. Biarlah, nak buat macam mana dia memang tak nak aku. Siapa macam ni? Macam saya ni?,” soalnya.

Persoalan yang dibangkitkan wanita itu mengundang perhatian netizen yang mana ada dalam kalangan mereka berkongsikan pengalaman serupa.

“Dah nak dekat 50 tahun. Tak ada dah kot. Fikir hal sendiri ja, cukupkan duit nak pergi umrah buat haji lepas tu daftar masuk rumah warga emas,” kata @misslien.

“Akak umur 46, tahun ni. Berkali-kali berkawan, putus kiranya 20 kali. Pergi umrah banyak kali berdoa jodoh tapi belum juga sampai. Akhirnya pergi haji 2024. 22 Disember ni insya-Allah nikah. Semoga yang baik-baik,” kongsi @cikpanji78_.

“Dalam masa awak sunyi, betapa ramai yang mengadu menyesal kahwin dan inginkan hidup sendiri semula. Yakin dengan perancangan Allah,” ujar pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI