fbpx

Tunku Mahkota Ismail berkenan Johor anjur acara bola sepak Sukan SEA 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STADIUM Sultan Ibrahim antara cadangan venue penganjuran sukan bola sepak Sukan SEA 2027.

ISKANDAR PUTERI – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan agar Johor menjadi tuan rumah bagi acara sukan bola sepak dalam temasya Sukan SEA 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd. Hairi Mad Shah sehubungan itu berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Katanya, perkenan baginda diperoleh selepas mengadap baginda, Khamis lalu.

“Walaubagaimanapun, lokasi venue akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan diadakan antara Sekretariat Sukan SEA 2027, KBS serta Majlis Sukan Negeri Johor.

“Begitu juga soal kos bagi menganjurkan acara sukan berkenaan. Apabila keputusan diperoleh kita akan maklumkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd. Hairi memaklumkan pihaknya mencadangkan beberapa stadium sebagai lokasi acara sukan berkenaan termasuklah Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Beliau dilaporkan berkata, empat lokasi yang dikenal pasti termasuklah SSI; Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin; Stadium Bola Sepak Mount Austin dan Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI