fbpx

‘Saya akur titah Sultan Selangor nama UPM kekal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tidak mahu membangkitkan cadangannya bagi menukar semula nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada Universiti Pertanian Malaysia.

Mohamad berkata, beliau akur dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM supaya nama universiti itu dikekalkan.

“Saya mengambil maklum bahawa keputusan dibuat baginda Sultan Selangor dan Canselor UPM adalah muktamad.

“Saya tidak mahu panjangkan isu ini apa-apa lagi. Saya akur dan itu adalah keputusan yang baik,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Sultan Sharafuddin tidak berkenan dengan cadangan untuk menukar semula nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia.

Baginda bertitah, nama UPM hendaklah dikekalkan kerana jenama Putra yang dilancarkan sudah membawa maksud ‘Pertanian Untuk Rakyat’.

Titah baginda, nama UPM itu juga mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI