fbpx

Pelawak rogol gadis diberi jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Bekas peserta sebuah program realiti komedi stesen televisyen tempatan yang ditahan kerana dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

“(Suspek) Dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya,”katanya ringkas.

Pada 29 November lalu, lelaki berusia 40-an tersebut ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan melibatkan siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI