fbpx

Pekerja ladang maut diserang rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang lelaki warga asing maut selepas diserang rakan sekerja menggunakan senjata tajam di rumah pekerja sebuah ladang sawit, Kinabatangan pada Jumaat lalu. - Foto oleh Ihsan Polis.

KINABATANGAN – Seorang lelaki warga asing maut selepas diserang oleh rakan sekerja menggunakan senjata tajam di rumah pekerja sebuah ladang sawit pada Jumaat lalu.

Mangsa dikenali sebagai Christian Andi, 30-an, bekerja sebagai pekerja ladang berkenaan parah di leher akibat dikelar menggunakan pisau dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarahan di bahagian leher.

Seorang lagi rakan mangsa, Bernadus Bagalewok, 24, yang cuba meleraikan pergaduhan turut parah akibat ditikam di dada.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Ravi Duraisamy berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 2.06 pagi semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa, Christian meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Bernadus masih menerima rawatan di Hospital Duchess Of kent (HDOK) Sandakan. Semua yang terlibat tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan bekerja di ladang terbabit.

“Polis sedang giat mengesan suspek dikenali sebagai Ricky Tenny, 40-an. Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Ravi menyatakan siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu berkenaan menghadiri majlis sambutan hari lahir anak rakan sekerja mereka di ladang berkenaan sekitar pukul 6.30 petang pada Jumaat lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI