fbpx

Pandai cakap dibuli, kenapa Siti Khadijah lari?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Khadijah seperti mengelak daripada ditemui, seperti risau isu buli yang disebutkan dipersoalkan kembali.

NAMA pelakon Siti Khadijah meledak bagai lava gunung berapi selepas berkongsi pengalaman menjadi mangsa buli di set penggambaran.

Susulan cerita itu tular, ramai yang menyalahkan pelakon senior dan tenaga produksi kerana memberi layanan buruk kepada pelakon baharu.

Tetapi, bukan cerita mengenai buli yang ingin diperkatakan. Apa yang dikongsi ialah timbul dakwaan Siti sudah mula menunjukkan ‘warna yang sebenar’.

Kisahnya bermula apabila Siti bertindak ‘melarikan’ diri daripada menjawab pertanyaan tentang isu buli ketika hadir dalam sebuah majlis.

Awalnya semua berjalan seperti biasa, tetapi apabila sesi temu bual, Siti mula memberi 1,001 alasan hendak minum air dan berehat selepas kepenatan mengadili peserta sebuah program realiti.

Lebih memanaskan keadaan apabila pengurusnya juga dikatakan tidak mengamalkan sikap profesional kerana membiarkan Siti ‘hilang’ begitu saja.

Apalah salahnya bersikap terus terang kata tidak mahu lagi mengulas tentang isu buli atau perkara yang mungkin memberi kesan kepada kerjaya seninya.

Bersemuka lebih baik daripada terus menghilangkan diri tanpa jejak. Sudahlah buat orang menunggu, tiba-tiba cakap tidak mahu temu bual. Lebih baik cakap daripada awal supaya tidak membuang masa orang lain.

Diva: Harap tahun depan Astro boleh beri peluang kepada Nonny Nadirah untuk sertai Gegar Vaganza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI