fbpx

‘Mereka adalah wira tak didendang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua kanan) pada sidang akhbar ketika melawat mangsa banjir di Kelantan.

PETALING JAYA – Peranan pengamal media menjadi lebih kritikal dalam situasi bencana bagi memastikan setiap perkembangan dapat diketahui semua pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu sekali gus membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan lebih pantas dan berkesan.

“Sepanjang dua hari lawatan saya ke kawasan yang terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengamal media yang bertugas di lapangan.

“Mereka adalah wira tak didendang yang sentiasa hadir di mana-mana sahaja, tidak kira dalam apa jua keadaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, liputan dan laporan yang dihasilkan amat penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya benar-benar menghargai usaha dan pengorbanan anda semua. Semoga semangat ini terus menjadi pemangkin kepada kita untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negara,” jelasnya.

Kelmarin, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dilaporkan tiba di Kelantan untuk melawat mangsa banjir.

Selain meninjau keadaan banjir menerusi Menara Tinjau di Tambatan Diraja, beliau turut melawat beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang dan SK Sering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI