KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus melonjak kepada 43,218 orang di semua lapan daerah di negeri ini.
Mereka yang terdiri daripada 11,679 keluarga berada di 305 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Besut kekal daerah paling terjejas dengan mangsa dipindahkan di 121 PPS sudah mencecah 16,084 orang daripada 4,301 keluarga.
“Seramai 7,080 mangsa daripada 2,223 keluarga pula berada di 59 PPS di Hulu Terengganu.
“Sebanyak 39 PPS yang menempatkan 6,470 mangsa daripada 1,627 keluarga beroperasi di Dungun,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Setiu mempunyai 6,332 mangsa daripada 1,665 keluarga di 48 PPS.
Tambah beliau, seramai 2,940 mangsa daripada 722 keluarga berada di sembilan PPS di Kuala Terengganu.
“Sebanyak 11 PPS dibuka di Kuala Nerus dengan 2,307 mangsa daripada 602 keluarga berlindung di dalamnya.
“Kemaman pula masih mempunyai 1,230 mangsa daripada 340 keluarga yang berada di 10 PPS,” katanya.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 775 mangsa daripada 199 keluarga berada di lapan PPS. – KOSMO! ONLINE