PETALING JAYA – Banjir di sembilan negeri menunjukkan sedikit penurunan kepada 148,422 orang setakat pukul 3.30 petang ini berbanding 150,843 mangsa pada pagi tadi.
Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri yang terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.
Setakat petang ini, Kelantan masih kekal negeri paling teruk dengan jumlah mangsa seramai 95,103 orang daripada 29,441 keluarga yang berlindung di 266 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah.
Di Terengganu, melibatkan 39,970 mangsa terdiri daripada 10,981 keluarga yang ditempatkan di 294 PPS, manakala di Negeri Sembilan seramai 1,617 mangsa kini berada di sembilan buah PPS di tiga daerah.
Sementara itu, di Kedah mangsa banjir semakin meningkat dengan 9,209 orang di tujuh buah daerah dan sebanyak 55 PPS telah dibuka.
Jumlah mangsa banjir di Perlis pula mencatatkan seramai 363 orang di dua daerah dan kini berlindung di dua PPS, manakala Pahang seramai 1,150 orang di tiga daerah dengan 25 PPS dibuka.
Di samping itu, Johor melibatkan 729 mangsa di tiga daerah dan kini ditempatkan di 19 PPS.
Selain itu, di Melaka mencatakan seramai 238 orang mangsa dari tiga daerah dan sebanyak empat PPS telah dibuka, manakala di Perak melibatkan 43 orang dari satu daerah yang berlindung di satu PPS. – KOSMO! ONLINE