fbpx

Mangsa banjir di Kelantan hampiri 100,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kampung Meranti, Pasir Mas petang semalam. -Foto MUHAMMAD AYMAN GHAFFA / KOSMO!

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan ketika ini mencatatkan seramai 95,784 orang yang ditempatkan di 283 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 buah daerah.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa yang terlibat itu terdiri daripada 29,641 keluarga.

Katanya, daerah Pasir Mas kekal sebagai kawasan paling teruk terjejas setakat ini apabila seramai 29,370 mangsa sedang berlindung di 66 buah PPS.

“Seramai 16,717 mangsa daripada 5,194 keluarga sedang berlindung di 35 buah PPS di Tumpat.

“Kota Bharu pula mencatatkan jumlah mangsa seramai 14,155 orang, Pasir Puteh (9,867), Kuala Krai (6,614), Machang (6,098), Bachok(6,952), Tanah Merah (5,318), Jeli (660) dan Gua Musang (36),” ujarnya.

Cuaca di kebanyakan kawasan di Kelantan pagi ini tidak hujan.

KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI