fbpx

Larut dalam konflik, Nourul nekad berubah jadi ibu terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nourul menyedari kesilapan diri dan nekad berubah untuk menjadi ibu yang lebih baik kepada anak-anak tersayang.

PETALING JAYA – Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa kesal terlalu menumpukan perhatian terhadap konflik bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah sehingga menjejaskan hubungan dengan anggota keluarga yang lain.

Ujar Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 47, tindakan tersebut menyebabkan emosi terganggu hingga secara tidak sedar bertindak kasar terhadap tiga lagi anaknya hasil perkahwinan bersama suami, Eric Daniel Depp.

“Saya rasa bersalah pada diri saya sebab terlalu fokus pada yang satu ini dan telah membuatkan diri saya terganggu.

“Sampaikan saya berkasar dengan tiga lagi anak saya hanya disebabkan perasan marah itu,” katanya dalam TikTok.

Menyedari kesilapannya, pelantun Kerana Terluka itu memilih untuk berubah demi menjadi ibu yang lebih baik selain memohon keampunan kepada Allah atas kekhilafan diri.

“Terus saya berubah 360 darjah. Saya mohon keampunan kepada Allah kerana tidak sedar tindakan saya.

“Saya terlalu marah, berkecil hati, dan memberi fokus hanya kepada satu perkara sehingga lupa nikmat dan rahmat lain yang Allah berikan dalam hidup ini,” luahnya

Perselisihan faham antara Nourul dan Ayu turut memberi kesan mendalam kepada suaminya, Eric, yang selama ini menganggap Ayu seperti anak kandung sendiri.

“Pandangan Eric di dalam hal ini, dia kecewa sangat sebab dia sayang Ayu macam anak dia sendiri.

“Dia turut menangis apabila melihat saya menangis, tetapi dia pendam dan menunggu waktu yang sesuai untuk berhadapan dengan keadaan itu,” kongsinya.

Sebelum ini Nourul mendedahkan wujud perselisihan faham antaranya dengan Ayu namun hubungan tersebut kini kembali jernih.

Ayu Nazirah merupakan anak hasil perkahwinan pertama Nourul bersama komposer Ajai, yang berakhir dengan perpisahan pada 2007.

Nourul kemudian mendirikan rumah tangga bersama Eric pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, 11, Raphael Depp, 9, dan Isabella Depp, 5 tahun. –  KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI