SEKALI pandang, Izz mempunyai rupa paras yang sedap mata memandang.
Bentuk badannya yang kekar berotot juga membuatkan dirinya digilai ramai wanita di luar sana.
Pun begitu di sebalik kata-kata manis dan pujian diterima, ada satu perkara yang selama ini disorokkan lelaki berusia 40 tahun itu.
Membuka cerita, Izz mengakui segala pujian yang diterima disebabkan bentuk badannya yang menarik dan rupa parasnya yang kacak itu langsung tiada erti buatnya.
“Kalau dahulu, waktu remaja dan ketika di kolej, saya merasakan diri inilah yang paling kacak dan digilai para wanita.
“Saya juga mula pergi ke gym dan bina otot untuk pastikan badan saya cantik seiring dengan rupa.
“Bertahun-tahun hidup menelan pujian, tapi itu semua sudah tidak bermakna bagi saya,” katanya membuka bicara bersama Panorama baru-baru ini.
Akui Izz, dia mempunyai satu tabiat buruk sejak berusia 12 tahun dan perbuatan tersebutlah yang memusnahkan hidupnya kini.
Jelasnya, perbuatan buruk itu adalah dia suka beronani dan ia dilakukan sejak berada di tahun enam lagi sebaik diri akil baligh.
“Ya saya memang ada masalah ketagihan melampau. Saya tidak malu untuk katakan yang saya kerap onani.
“Boleh katakan, setiap kali balik dari sekolah rendah, saya akan onani terlebih dahulu, barulah makan atau buat kerja lain.
“Perbuatan tersebut berlarutan sampailah saya masuk sekolah menengah dan melangkah ke alam pekerjaan ketika diri saya berusia 24 tahun.
“Lebih sedekad, saya lakukan perkara itu. Ada waktu kalau saya tak tahan, saya lakukan (onani) sampai lima kali sehari selagi mana belum puas,” katanya.
Ceritanya lagi, dia terjebak perkara tersebut dengan rakan sebaya dan ketika itu aktif dengan bahan lucah yang boleh didapati daripada cakera padat cetak rompak yang dijual secara meluas.
Paling disesali Izz, ketika memasuki usia 35 tahun, dia masih lagi tetap dengan perbuatan tersebut meskipun sudah mempunyai teman wanita.
Dia mengakui bahawa dia juga kerap melakukan hubungan seks bersama teman wanitanya tetapi tidak menemui kepuasan kerana masalah ereksi yang dihadapi.
“Saya merasakan apabila lakukan seks bersama teman wanita, kemaluan saya mudah ‘layu’ dan tidak bagi kerjasama untuk tempoh lama.
“Jadi penyelesaiannya saya terpaksa onani bagi memastikan seks tersebut dapat dihabiskan meskipun tidak mencapai kepuasan optimum,” katanya.
Beberapa kali mempunyai masalah sama dan berulang (masalah ereksi), dia beranikan diri bertemu pakar perubatan sakit tuan.
Hasil pertemuan dan rundingan beberapa sesi, pakar mengesahkan Izz mempunyai masalah ereksi atau dalam bahasa lainnya mengalami mati pucuk.
“Hal itu disebabkan kerana kekerapan dia beronani sejak usia 12 tahun. Jadi, kesannya itu akhirnya dapat dilihat ketika ini.
“Doktor menyarankan saya untuk berhenti lakukan perkara tersebut kerana ia ibarat kita memaksa tanpa rela.
“Saya juga dinasihatkan untuk jalani kehidupan secara sihat dan disarankan berhenti merokok kerana saya juga perokok tegar sejak berusia 18 tahun.
“Doktor tidak menjanjikan apa-apa jaminan tetapi menyarankan ikhtiar menerusi beberapa cara dan kaedah rawatan.
“Hal ini jugalah membuatkan saya tidak nikah sampai ke hari ini kerana saya tiada keyakinan untuk berbuat demikian.
“Saya tidak mahu isteri kecewa apabila dapat tahu suaminya seorang yang mati pucuk,” ujarnya sedih.
Akui Izz lagi, dia begitu sesal dengan perbuatan lampaunya kerana langsung tidak pernah memikirkan kesan buruk yang bakal dihadapi selain kepuasan pada setiap ‘pancutan’ sahaja.