fbpx

EPL: Slot lancar perang psikologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL mengintai tiga mata penuh menentang City untuk membolehkan mereka selesa mendahului saingan menerusi kelebihan 11 mata. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot melancarkan perang psikologi terhadap rakan sejawatnya, Pep Guardiola menjelang aksi menentang Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield tengah malam ini.

Liverpool memburu kemenangan pada aksi berkenaan untuk membolehkan mereka terus mengukuhkan kedudukan di persada liga menerusi kelebihan 11 mata di hadapan City yang merupakan pencabar terdekat ketika ini.

Berdasarkan prestasi semasa, The Reds dijangka tidak berdepan kesukaran ketika City sedang berada dalam krisis prestasi apabila tewas lima perlawanan berturut-turut dan aksi terakhir sekadar terikat 3-3 menentang Feyenoord pada aksi Eropah ketika selesa mendahului tiga gol.

Slot ketika ini sedang menikmati tempoh paling cemerlang dalam karier apabila membantu Liverpool meraih 17 kemenangan dalam 19 perlawanan, namun beliau mengakui Guardiola masih memiliki sentuhan terbaik.

“Saya tidak terkejut jika Pep akan tampil dengan idea permainan yang berbeza dan bijak untuk aksi kali ini. Beliau mampu untuk mengubah pasukannya menjadi luar biasa dan kuat dalam tempoh yang singkat.

“Beliau yang mula menggunakan formasi pemain pertahanan inverted, kemudian menjadikan pemain No. 6 sebagai bek tengah. Segalanya boleh dilakukan oleh Pep yang sentiasa memiliki idea segar,” katanya.

Slot mengakui bernasib baik apabila skuadnya tidak dilanda masalah kecederaan pemain utama yang terlalu serius berbanding apa yang dihadapi oleh City yang kehilangan Rodri, manakala Arsenal pernah kehilangan Martin Odegaard sebelum ini.

“Saya berharap kami tidak akan berdepan situasi yang mereka hadapi. Sebagai seorang pengurus, ia akan menjadi ‘mimpi ngeri’ sekiranya ada pemain harapan yang berdepan kecederaan, terutama untuk tempoh panjang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI