fbpx

EPL: Isu kecergasan resahkan Amorim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain United perlu meningkatkan tahap kecergasan untuk memastikan mereka mampu bermain dengan formasi ditetapkan oleh Amorim. – FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Rube Amorim perlu membuat percaturan berhati-hati menjelang perlawanan menentang Everton di Old Trafford malam ini apabila berdepan isu kecergasan pemain.

Biarpun berjaya memenangi perlawanan menentang FK Bodo 3-2 kelmarin, United dilihat masih belum menemui ramuan terbaik untuk mendapatkan gandingan terbaik di bahagian pertahanan apabila bolos dua gol dalam masa lima minit pada aksi berkenaan.

Selain formasi baharu yang digunakan Amorim belum dapat dihadam sepenuhnya oleh pemain, pengendali dari Portugal itu juga berdepan isu kecergasan beberapa pemain untuk membolehkan falsafah bola sepaknya dapat diterapkan sepenuhnya.

Menyedari mengenai perkara tersebut, bekas jurulatih Sporting Lisbon itu mengaku bakal membuat perubahan dalam senarai kesebelasan utama pasukan untuk memastikan United mampu memberikan aksi terbaik dan meraih kemenangan.

“Kami perlu merombak senarai pemain. Kami memberikan tekanan paling tinggi sepanjang perlawanan menentang FK Bodo dan ketika baki 10 minit terakhir kami bergelut dengan masalah kecergasan.

“Saya fikir Rasmus (Hojlund) sudah tidak memberikan sumbangan dan ramai lagi pemain mengalami keletihan untuk tempoh tersebut. Antony juga baru pulih daripada kecederaan dan tidak mampu beraksi sepenuh masa.

“Kami melakukan empat pertukaran kerana masalah kecergasan. Kami terpaksa melalui cabaran ini dan kami perlukan semua pemain bersedia untuk disenaraikan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI