fbpx

‘Dulu kena ‘banned’, sekarang tayang badan dalam filem jadi trend’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAS mempersoalkan tindakan pelakon dibolehkan membuka baju dan menayang badan dalam filem sedangkan sebelum ini abangnya pernah disenarai hitam apabila melakukan perkara itu.

PETALING JAYA – Penyampai radio yang juga adik kepada penyanyi Faizal Tahir iaitu Anas Tahir mempersoal tindakan segelintir pelakon yang secara terbuka menayang badan secara terbuka dalam filem.

Menurut Anas, perkara tersebut seperti berlawanan dengan pengalaman yang pernah dilalui abangnya yang pernah digam stesen televisyen disebabkan tindakan membuka baju ketika bertanding di sebuah pertandingan berprestij sekitar 16 tahun lalu.

“Dulu tak silap sekitar 2008, abang saya pernah buat konsert dan dia buka baju kemudian dikecam, digam serta dikenakan tindakan tatatertib.

“Tetapi sekarang ini, saya tengok buka baju dalam filem siap ‘promote’ kaw kaw lagi. Bukan baju bukan sedikit tetapi kalau boleh hampir menampakkan bahagian tidak sepatutnya,” katanya dalam sebuah video TikTok baru-baru ini.

Tiada niat menghentam atau berpihak kepada mana-mana individu termasuk abangnya, anak berkata, ketika itu dia melanjutkan pengajian di United Kingdom dan perkara itu dimaklumkan oleh ibunya sendiri.

“Saya tidak menyebelahi abang sendiri sebab salah tetap salah.

“Ketika kejadian berlaku, saya belajar di United Kingdom. Ibu menghubungi saya meluahkan rasa sedih dengan perkara menimpa abang.

“Tapi sekarang lain, buka baju sudah jadi seperti satu trend sampai ramai wanita menggeletis. Allahuakbar, fikirlah,” katanya lagi.

Anas bagaimanapun itu tidak berkongsi secara terperinci tentang judul filem yang mempunyai babak pelakonnya membuka baju. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI