fbpx

Beberapa kawasan dinaiki air di Batu Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan yang dinaiki air di Kampung Pisang, Batu Gajah hari ini. - Foto MEDIA SOSIAL

IPOH – Hujan lebat yang berterusan sejak semalam sehingga pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Batu Gajah dinaiki air.

Menerusi perkongsian pengguna media sosial sejak semalam, antara kawasan dikenal pasti terlibat termasuklah di Kampung Bali, Kampung Ara Payung serta di Tanjung Tualang di daerah Kinta.

Sementara itu, warga Batu Gajah serta Ipoh didapati mengemas kini hantaran di laman Facebook beberapa jam sekali dengan menyatakan hujan masih lagi berterusan di kawasan tempat tinggal mereka walaupun ada lokasi yang hujan telah berhenti pagi tadi.

Seorang pesara, Muhammad Nor Alwi, 67, berkata, rumahnya di Kampung Pisang, Batu Gajah telah dinaiki air pagi tadi dan berharap keadaan itu tidak menjadi lebih serius.

“Ada kawasan telah dinaiki air, namun ada juga yang telah surut. Buat masa ini memang semua penduduk dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan keadaan masih lagi terkawal dengan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 9.30 tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI