fbpx

Banjir terburuk di bandar Batu Gajah sejak 30 tahun lalu – Penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Jalan Bandar Baharu Batu Gajah 1 hari ini.

BATU GAJAH – Penduduk di sekitar Batu Gajah menyifatkan banjir di pusat bandar terutamanya di Jalan Bandar Baharu Batu Gajah 1 sebagai banjir yang terburuk sejak 30 tahun lalu.

Seorang penduduk Batu Gajah, Roslin Khariri, 51, berkata, dia yang telah berpuluh tahun berniaga di sana tidak pernah berhadapan dengan tahap banjir direkodkan di sana hari ini.

“Peniaga di sekitar Jalan Bandar Baharu Batu Gajah 1 juga terjejas akibat dilanda banjir kilat disebabkan hujan lebat pagi tadi.

“Sebuah pasar raya di sini juga terpaksa tutup akibat paras air sudah melebihi paras lutut kira-kira pada pukul 1 petang tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, seorang peniaga sebuah restoran di sini, Juliana Mohd. Hanifah, 45, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan premis miliknya sudah dinaiki air pada pukul 10 pagi.

“Selama tiga tahun beroperasi di sini, ini kali pertama kejadian banjir yang teruk sehingga melepasi paras pinggang. Saya harap banjir ini akan cepat surut agar kami boleh kembali beroperasi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Aizal Imri berkata, seramai 20 orang termasuk pekerja di premis-premis di sini berjaya dikeluarkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI