fbpx

Banjir: ‘Setiap hari menangis takut gagal SPM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Segelintir ibu bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir meluahkan kebimbangan dengan keadaan pelajar yang tertekan susulan keperluan pembelajaran hanyut dilanda banjir.

Rata-rata mendakwa bencana tersebut turut memberi kesan dan gangguan terhadap mental serta fizikal anak-anak mereka.

“Hari-hari anak menangis minta maaf, takut kecewakan saya dan suami jika dia gagal jawab dengan baik SPM kali ini. Buku-buku pun dah hanyut, dia nampak tertekan,” kata Haznah.

“Saya sebagai ibu pun sedih bila tahu dia akan kecewa jika menjawab dalam keadaan emosi terganggu. Mereka sedih keadaan rumah rosak, barang keperluan hilang, banyak dugaan kami yang dilanda banjir ini,” kata Aisah.

Sementara itu, ada juga ibu bapa meminta KPM mempertimbangkan untuk memberi bantuan keperluan peperiksaan calon SPM yang terjejas banjir.

“Sebab ada yang terpaksa meminjam sana sini untuk berdepan SPM sebab kebanyakan barang sekolah tenggelam dalam banjir,” kata Zainuddin.

Pagi tadi, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan ujian lisan Bahasa Melayu peperiksaan SPM akan diteruskan sebagaimana dijadualkan mulai esok hingga 5 Disember ini.

Katanya, keputusan itu sudah mengambil kira nasihat daripada pihak keselamatan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) bagi calon SPM di negeri yang terjejas banjir.

Setakat pukul 9 pagi ini, mangsa banjir di sembilan merekodkan seramai 150,843 orang daripada 45,213 keluarga.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antara negeri terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor. – KOSMO! ONLINE – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI