fbpx

Banjir dijangka surut, luruan hujan berkurangan minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar di Shah Alam hari ini. -Foto M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

SHAH ALAM – Banjir di Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu dijangka akan surut susulan ramalan luruan hujan akan berkurangan pada minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini susulan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) seterusnya akan berlaku pengurangan air banjir di daratan.

Katanya, bagaimanapun perkara yang turut merisaukan adalah air pasang besar di Laut China Selatan dan Selat Melaka yang akan berada di kemuncaknya dalam tempoh tersebut.

“Semoga apa yang diramalkan MetMalaysia yang meramalkan bahawa luruan hujan akan berkurangan pada minggu hadapan akan jadi kenyataan. Ini menyebabkan akan berlaku pengurangan air banjir di daratan.

“Namun, kita yakin apabila luruan hujan kurang akan mengurangkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor, hari ini.

Beliau mengakui suasana banjir di seluruh negara terutama Kelantan dan Terengganu sangat membimbangkan dan lebih teruk berbanding suasana banjir pada tahun 2014.

Justeru, Ahmad Zahid menegaskan agar para penduduk di negeri terkesan banjir agar mengikut arahan jawatankuasa bencana negeri meskipun mempunyai lebih 82,000 pegawai dan anggota untuk dimobilisasikan dengan PPS dapat menampung kira-kira 2.1 juta.

“Namun, kita merasakan kesiapsiagaan sahaja tidak mencukupi jika kawasan-kawasan yang dijangkakan banjir terutama penduduk di kawasan rendah hendaklah mengikut nasihat diberikan jawatankuasa bencana negeri untuk berpindah awal.

“Kita tidak mahu jumlah kematian bertambah, maka kesiapsiagaan dan amaran awal mesti diikuti sepenuhnya agar dapat mengelakkan kehilangan nyawa,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI