fbpx

Anggota bomba tercedera ketika padam kebakaran tiga rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres di Kuang semalam.

SUNGAI BULOH – Seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang tercedera ketika operasi memadamkan kebakaran tiga buah rumah sekitar Kuang, di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 7.06 malam dan operasi tamat pukul 12.26 tengah malam tadi.

Katanya, operasi berkenaan melibatkan kekuatan 13 anggota dan pegawai dari BBP Batu Arang dan BBP Sungai Buloh.

“Anggota operasi dari BBP Batu Arang, PBB Mohd Nazri Hasan telah mengalami kecederaan semasa operasi pemadaman kebakaran.

“Anggota telah dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kejadian, kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres satu tingkat.

“Rumah pertama musnah 100 peratus, rumah kedua terbakar 80 peratus manakala rumah ketiga terbakar 70 peratus.

“Bagaimanapun, kebakaran ini tidak melibatkan mangsa,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI