fbpx

Air naik terlalu cepat – mangsa banjir Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN mangsa banjir berlindung di PPS Dewan Kampung Lechar di Raub hari ini.

RAUB – “Air naik terlalu cepat, dalam masa 10 minit sahaja kawasan halaman rumah sudah ditenggelami air banjir,”demikian kata Roslan Mohamad, 60, ketika menceritakan detik cemas kejadian banjir dan kepala air yang melanda daerah Raub awal pagi tadi.

Roslan berkata, hujan lebat berterusan yang turun selama beberapa jam sejak petang semalam menyebabkan kediamannya di Kampung Lechar terjejas banjir.

“Lepas solat isyak saya duduk depan pintu rumah dan perhati keadaan di halaman rumah.

“Rumah saya terletak kira-kira 200 meter dari Sungai Dong jadi bila melihat sahaja air mencecah kawasan halaman rumah saya segera bertindak mengalihkan barangan penting termasuk dokumen dan peralatan elektrik ke tempat tinggi, katanya ketika ditemui di pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Lechar di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa, Nurhazira Harudin, 33, berkata, ketika kejadian dia bersama enam ahli keluarganya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan air banjir yang memasuki kawasan dapur kira-kira pukul 1 pagi.

Menurutnya, dia sekeluarga telah bersiap sedia menghadapi banjir kerana melihat situasi hujan lebat berterusan tanpa henti selama lebih lima jam.

“Sebelum tidur saya sekeluarga juga telah dimaklumkan saudara mara dari sebelah hulu sungai menyatakan air sungai luar biasa kali ini, jadi kami siap sedia selamatkan barangan penting.

“Ini bukanlah kejadian pertama berlaku sebaliknya banjir pada tahun 2021 paling teruk pernah kami alami kerana sebahagian rumah telah tenggelam akibat banjir,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI