fbpx

5,377 calon SPM 2024 terjejas banjir di tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Titi Gajah di Alor Setar turut dinaiki air dalam kejadian banjir kali ini. - Gambar media sosial

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan seramai 5,377 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Kelantan, Terengganu dan Kelantan terjejas akibat banjir kali ini.

Bagaimanapun, Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kesemua calon itu sudah pun ditempatkan di asrama sekolah dan pusat peperiksaan alternatif sejak semalam.

Beliau berkata, calon paling ramai terjejas ialah di Kelantan dengan 3,111 orang, Terengganu (1,734 orang) dan Kedah (532 orang).

“Calon terjejas banjir sedang dan telah digerakkan ke asrama atau pusat peperiksaan alternatif. Ini untuk memastikan calon dapat keselesaan dan menduduki peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Selain itu, keperluan tambahan asrama untuk penyediaan makanan akan disalurkan segera oleh KPM dan kualiti penyediaan makanan
dititikberatkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, setakat hari ini, pemindahan calon-calon yang terkesan dengan banjir sedang dilaksanakan oleh semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Fadhlina berkata, pihaknya juga meminta calon persendirian SPM supaya menghubungi JPN bagi memastikan mereka tidak tercicir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI