fbpx

2 warga emas lemas dalam banjir ketika pantau lembu, kambing ternakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff Mamat (dua dari kiri) ketika melawat PPS di surau Ar-Rasyidin, IPD Tumpat hari ini.Foto oleh ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Dua lelaki warga emas dijumpai lemas semasa dalam perjalanan untuk memantau lembu dan kambing ternakan mereka dalam dua kejadian berasingan di Machang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, mangsa pertama, Shokarno Mahmood, 72 ditemukan lemas di dalam parit di Kampung Kuala Sat kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, mangsa kedua, Mat Salleh Yaacob, 78, pula dijumpai lemas rumah rakit bersebelahan kediamannya di Kampung Gelung Gajah pada 1 tengah hari.

“Kejadian pertama berlaku apabila Shokarno sedang dalam perjalanan untuk melihat lembu peliharaannya sebelum mangsa ditemukan oleh ahli keluarganya.

“Kes melibatkan mangsa kedua pula berlaku semasa warga emas itu mahu melihat kambingnya yang ditempatkan di rakit atas rakit kerana rumahnya dinaiki air setinggi satu meter,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan sementara (PPS) di surau Ar-Rasyidin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, Mat Salleh ketika itu menaiki perahu untuk memantau haiwan ternakannya.

Berdasarkan rekod, kematian kedua-dua warga emas itu menjadikan jumlah korban mangsa banjir di Kelantan ketika ini adalah seramai lima orang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI