fbpx

1,734 calon SPM Terengganu terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Aidil Adwa Irfan sedang mengulang kaji pelajaran menerusi telefon pintar di PPS SK Telaga Papan, Setiu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengaktifkan Ops Payung bagi memastikan kelancaran 1,734 calon terjejas banjir menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula esok.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, semua calon SPM itu merupakan pelajar di 20 sekolah menengah enam daerah terjejas banjir di negeri ini.

“Seramai 1,155 calon berkenaan telah ditempatkan lebih awal di lapan asrama dikenalpasti.

“Sementara 261 lagi calon SPM berada di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) manakala 318 pula di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ni .

Jelani berkata, kesemua 519 calon SPM yang terkandas di PPS dan rumah tersebut akan dibawa ke pusat peperiksaan alternatif oleh kenderaan agensi kerajaan seperti majlis daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam pada itu, beliau memberitahu 20 pusat peperiksaan yang terjejas ialah Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Berang; SM Sains Hulu Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong dan SMK Kuala Jenderis di Hulu Terengganu.

“Pusat peperiksaan terjejas di Besut ialah SMK Bukit Payong, SMK Putra, SMK Seri Bukit Puteri, SMK Tembila dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq.

“Di Setiu pula, tujuh sekolah yang terjejas ialah SMK Sungai Tong, SMK Tengku Ibrahim, SMK Langkap, SMK Putera Jaya, SMK Guntong, SMK Chalok dan SMK Saujana,” katanya.

Jelani berkata, tiga lagi pusat peperiksaan terjejas ialah SMK Ayer Putih, Kemaman; SMK Kuala Jengal, Dungun dan SMK Padang Kemunting, Kuala Nerus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI