fbpx

Warga emas maut jatuh pokok petai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim menunjukkan lokasi mayat Ahmad Yaakop yang ditemui tertiarap selepas terjatuh dari pokok petai di Kampung Perlis, Tikam Batu, dekat Sungai Petani pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang warga emas maut selepas terjatuh dari pokok petai pada ketinggian lebih 20 meter di sebuah kebun di Kampung Perlis,Tikam Batu di sini pada pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi itu mangsa Ahmad Yaakop, 60, ditemui tertiarap di bawah pokok petai dengan kecederaan parah di kepala, pergelangan tangan dan kaki oleh penduduk kampung.

Mangsa yang tinggal di Kampung Perlis, Simpor, dekat sini sememangnya dikenali penduduk setempat sebagai pemanjat pokok petai sejak berusia 30 tahun.

Seorang kenalan mangsa yang mahu dikenali sebagai Ibrahim berkata, pagi tadi sebelum kejadian mereka minum bersama di sebuah kedai makan di Kampung Teluk Wang Besar, di sini.

“Mangsa biasanya akan bersarapan pagi sebelum memulakan tugasnya memanjat pokok petai seperti dijanjikan dengan pemiliknya. Selepas menurunkan petai, mangsa akan membawa hasil hutan itu ke Pasar Tikam Batu untuk dijual kepada peraih dan pelanggan sebelum mengagihkan hasil pendapatan antara dia dan pemilik pokok petai,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada adik mangsa, Abdul Rahman Yaakop, 51, pada pukul 8.30 pagi tadi.

Tambahnya, semakan rekod perubatan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI