PETALING JAYA – Sekumpulan penduduk di selatan Thailand berpaut pada beberapa batang pokok bagi menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras sementara menunggu bantuan tiba.
Menerusi perkongsian video seorang petugas banjir di Thailand yang menggunakan akaun TikTok @nurdin139, kelihatan mangsa sedang menahan kesejukan dan ada di antara mereka menggigil akibat cuaca hujan.
Sementara itu, mangsa juga ada yang membawa pelampung sebagai persediaan sekiranya mereka terjatuh ke dalam banjir.
Perkongsian petugas tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain sehingga lebih 2.1 juta tontonan.
Ramai yang mendaokan agar bencana banjir yang melanda penduduk selatan Thailand berakhir segera.
“Tengok banjir di Pantai Timur, negeri-negeri lain pun menangis, ini di Thailand pun hadapi nasib sama, makin menangis. Moga segera reda bencana banjir ini,” kata Yusra.
“Moga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana,” kata Khadijah.
“Bila tengok macam ini, baru kita tahu apa kepentingan pokok. Tengok pokok yang tolong, Allah hidupkan pokok ada kepentingannya,” komen Ujey Adam.
Terdahulu, media tempatan melaporkan setakat hari ini, banjir di selatan Thailand telah meragut sembilan nyawa dan menyebabkan lebih 13,000 penduduk dipindahkan ekoran hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE
@nurdin139 27/11/67#น้ําท่วม67 #ตำบลละแอ #อําเภอยะหา ♬ เสียงต้นฉบับ – Story_Arnada✨