fbpx

‘Tak terima pinangan, saya takkan tunjuk teman lelaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ira Kazar mendedahkan dia tidak akan menerima pinangan daripada mana-mana lelaki buat masa sekarang.

PETALING JAYA – Bekas isteri pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar enggan menerima sebarang pinangan untuk berkahwin lagi buat masa ini selepas hampir tiga bulan bercerai.

Ira atau nama lengkapnya Nur Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, mengakui lebih selesa dengan kehidupan sekarang tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki.

“Tak (kahwin), buat masa sekarang saya tidak terima pinangan.

“Sebab saya bahagia saya yang sekarang,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Perkara tersebut diluahkan selepas usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mengajukan soalan tentang pinangan mana-mana lelaki termasuk daripada individu berpengaruh atau berharta.

Dalam masa sama, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu turut menyatakan tidak akan mendedahkan teman istimewanya sekiranya hatinya sudah ditambat.

“Kalau ada pun (teman lelaki), saya tidak akan tunjuk,” selorohnya.

Rata-rata memuji penampilan Ira dan memaklumkan bahawa wanita itu layak memeluk bahagia seperti wanita lain.

“Kalau ada pun Ira berhak bahagia. Semoga ada pengganti bekas suami yang lebih bertanggungjawab,” kata netizen.

“Ira cantik, masih muda, baik, fikiran dan sikap matang. Insya-Allah dapat pengganti yang jauh lebih baik,” ujar peminat.

“Sejak cerai semakin berseri-seri, tidak kurang hebat ya sekarang makin lawa,” puji pengikut.

Sebelum ini, Ira sah bercerai talak satu dengan Syamsul pada September lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI