fbpx

Pengerusi, CEO Kumpulan Sapura Energy letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepimpinan baharu bakal membawa imej dan pengoperasian yang lebih kukuh pada tahun depan. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Pengarah Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) mengumumkan bahawa Pengerusinya, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),  Datuk Mohd. Anuar Taib akan meletakkan jawatan masing-masing menjelang suku keempat tahun kewangan semasa.

Shahin  Shahin Farouque Jammal Ahmad bakal memegang jawatan Pengerusi manakala CEO yang baharu dilantik adalah Muhammad Zamri Jusoh  yang mana sebelum ini, beliau adalah CEO bagi SapuraOMV Upstream.

Menurut kenyataan, Mohammad Azlan akan mengundur diri bermula Januari tahun depan selepas berada di kerusi Pengerusi sejak bulan Mei tahun 2022.

Beliau sebelum ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan Kumpulan terus kukuh ketika melaksanakan penstrukturan semula Kumpulan dan juga mengukuh tadbir urus korporat syarikat.

Mohammad Azlan mula menyertai syarikat sebagai pengarah bukan eksekutif pada bulan Ogos tahun 2020 dan seterusnya dinaikkan pangkat kepada CEO Kumpulan pada tahun 2021.

Beliau berjaya membawa masa depan yang baik bagi Sapura Energy melalui pelbagai perubahan yang dilaksanakan termasuk proses utama iaitu penyusunan semula hutang. -KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI