fbpx

Ramai tunggang motosikal tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jazmanie pada sidang akhbar Ops Sepadu JPJ WPKL di Jalan Bangsar, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Tiada lesen memandu merupakan kesalahan tertinggi yang direkodkan pihak berkuasa sepanjang Op Khas Motosikal di seluruh negara sejak 1 November lalu.

Dalam operasi selama 29 hari itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut memeriksa sebanyak 304,552 kenderaan dan mengeluarkan 78,152 notis atas pelbagai kesalahan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, sebanyak 22,601 notis dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu.

“Seterusnya, lesen memandu tamat tempoh (16,789), tiada insurans (15,117), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (4,699), lesen tamat tempoh (1,606) dan memandu atau menunggang bawah umur (167).

“Sebanyak 2,125 motosikal disita, manakala 1,530 notis dikeluarkan kepada pemandu atau penunggang warga asing (PeWA). Sepanjang operasi ini seramai 234 penunggang motosikal disaring.

“Daripada jumlah itu, 34 daripada mereka didapati positif dadah,” katanya pada sidang akhbar Ops Sepadu JPJ WPKL di Jalan Bangsar, di sini malam tadi.

Menurut Jazmanie, JPJ komited memastikan keselamatan pengguna jalan raya dengan penguatkuasaan tegas untuk mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa.

“JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan jalan raya. Penunggang motosikal dinasihatkan supaya sentiasa patuh demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Tegas beliau, pihaknya menggalakkan orang ramai melaporkan kesalahan lalu lintas melalui Aplikasi MyJPJ atau emel [email protected] dengan maklumat lengkap.

“Operasi ini adalah langkah penting JPJ dalam memperkukuh keselamatan dan disiplin di jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI