MACAM-MACAM hal! Kalau sudah bijak berfesyen, pakailah apa pun, pasti terletak elok.
Dalam video TikTok tersebut, Uyaina Arshad ‘melayan’ komen dan permintaan netizen yang memintanya menjadikan beberapa barangan seperti kain batik, kain pelekat, baldi dan plastik beras sebagai tudung.
Meski kedengaran aneh, usaha kerasnya menyahut cabaran netizen itu meraih pujian kerana berjaya menggayakan kesemua item tersebut dengan baik.
“Daripada kain batik, kain pelekat, guni beras dan baldi, mana satu yang paling okey?
“Sudah, selepas ini jangan minta yang aneh-aneh lagi. Saya pantang dicabar,” selorohnya.