fbpx

Pisang RM1 naik harga RM28 juta sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUN memakan pisang yang dibeli pada harga RM28 juta. - Foto AFP

HONG KONG –  Pelabur mata wang kripto kelahiran China, Justin Sun telah memakan sebiji pisang yang dibelinya pada harga AS$6.2 juta (RM28 juta), lapor portal berita RT semalam.

Dia membuat bidaan tertinggi untuk membeli pisang itu yang dilekatkan pada dinding sekali gus satu karya seni.

Sun merupakan antara tujuh pembida dalam lelongan karya aneh tersebut oleh firma Sotheby’s di New York pada 21 November lalu.

Pisang itu merupakan karya seni berjudul  ‘Comedian’ oleh artis seni Itali, Maurizio Cattelan.

Rakaman video dalam satu majlis di Hong Kong memaparkan Sun makan pisang tersebut semalam sebelum tular di media sosial.

“Memakannya pada sidang akhbar juga boleh menjadi sebahagian daripada sejarah karya seni itu,” kata Sun.

Pisang yang dimakan oleh Sun itu bagaimanapun  tidak sama seperti yang digunakan pencipta karya seni itu pada tahun 2019. 

Pisang yang dibayar oleh Sun kepada Sotheby’s itu sebaliknya  dibeli pada harga AS$0.25 (RM1) dari sebuah gerai buah-buahan di Manhattan, New York. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI