fbpx

Piala Malaysia: Kuching City ‘cakar’ Harimau Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENANG FC terpaksa meneruskan aksi dengan 10 pemain dalam tempoh 50 minit selepas Adib Ra'op (kanan) dilayangkan kad merah. - PENANG FC

KUALA LUMPUR – Kuching City mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia selepas mengatasi Penang FC 2-0 pada perlawanan kedua pusingan 16 di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Secara agregat Kuching City menang 3-0 sekaligus mengesahkan aksi derbi Borneo apabila dijadualkan menentang Sabah FC di suku akhir.

Terdahulu Penang FC yang mahu memburu kemenangan lebih daripada satu gol tersentak apabila kehilangan khidmat Adib Ra’op pada penghujung separuh masa pertama.

Tuan rumah nyata bijak untuk memanfaatkan kelebihan apabila memperoleh gol pembukaan menerusi Tchetche Kipre pada minit ke-68.

Selang 11 minit selepas itu, sisa perjuangan pelawat seakan ternoktah apabila Ramadhan Saifullah menggandakan kelebihan buat Kuching City dan kedudukan 2-0 kekal hingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI