fbpx

Pemandu maki kata kesat kepada polis dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pemandu kereta yang diberkas selepas melemparkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, semalam.

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis seperti tular di laman sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya mengesan video terbabit yang memaparkan pemandu kereta berusia 49 tahun sebelum itu tidak sedarkan diri di Lebuh Nordin.

“Polis telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian yang berlaku semalam (29 November) kira-kira pukul 10.30 malam.

“Walau bagaimanapun, apabila anggota polis sampai di tempat kejadian untuk memeriksanya, dia enggan bekerjasama lalu mengeluarkan kata-kata kesat.

“Lelaki itu kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI