JAKARTA – Seorang pesohor media sosial di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas sebahagian tangannya terkena dakwat kekal ketika melaksanakan tanggungjawab di sebuah pusat mengundi, lapor portal berita Wolipop semalam.
Kejadian berlaku semasa Pilihan Raya Daerah (Pilkada) baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mfantoo menunjukkan seorang petugas menuangkan dakwat ke tangannya.
Remaja itu cuba membilas dakwat tersebut dengan air tetapi gagal.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
“Rakyat disuruh mengundi, bukan cuci tangan dengan dakwat!” komen seorang netizen.
“‘Hand sanitizer’ ungu,” komen netizen lain. – AGENSI