fbpx

MotoGP tolak cadangan tambah pusingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN MotoGP ketika ini melibatkan 22 pusingan untuk semusim dan Dorna mengakui jumlah tersebut adalah praktikal untuk saingan tersebut. - AFP

LONDON – MotoGP menolak cadangan untuk mengikuti kalender Formula Satu (F1) dengan menambah jumlah perlumbaan kepada 24 pusingan pada edisi akan datang.

Ketua Pegawai Dorna, Carlos Ezpeleta berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kebajikan pelumba dan pasukan yang sudah mencapai persetujuan menghadkan perlumbaan kepada 22 pusingan setahun.

Pada tahun depan, MotoGP mencatat rekod baharu dengan 22 perlumbaan Grand Prix dan Ezpeleta menegaskan bahawa ia adalah had maksimum yang mampu dilaksanakan secara praktikal.

“Kami tidak bercadang untuk melebihi 22 pusingan semusim dan ini telah dipersetujui oleh semua pasukan. Fokus kami adalah mengekalkan keseimbangan antara perlumbaan, logistik dan kebajikan semua pihak,” katanya.

Sejak F1 diambil alih oleh Liberty Media pada 2017, kalendar perlumbaan empat roda terkemuka dunia itu terus berkembang, namun Dorna menekankan bahawa apa yang sesuai untuk F1 mungkin tidak praktikal untuk MotoGP.

“Setiap kejohanan ada cabarannya. Apa yang berkesan di F1 tidak semestinya sesuai untuk MotoGP,” jelas Ezpeleta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI