PASIR MAS – Polis menafikan khabar angin yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa empat individu dijumpai mati di dalam sebuah rumah di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat seperti yang ditularkan tersebut selepas membuat semakan melalui Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (PKOB)
“Saya tidak menerima maklumat mengenai perkara itu selepas membuat semakan dengan PKTK dan PKOB,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Terdahulu, tular tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp yang mengatakan bahawa empat individu ditemukan mati di dalam rumah di Pasir Mas.
Menurut mesej itu, satu mayat telah dibawa keluar manakala tiga lagi tersekat.
Salah satu mangsa merupakan seorang bayi. – KOSMO! ONLINE