fbpx

Mangsa banjir di 8 negeri meningkat 140,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba semasa menjalankan operasi menyelamat mangsa di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. - FOTO oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di lapan negeri membabitkan Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Perlis, Melaka, dan Johor terus meningkat kepada 142,732 orang daripada 42,910 keluarga setakat pukul 4.30 petang ini.

Ketika ini, sebanyak 709 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negara.

Berdasarkan maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan kekal sebagai negeri tertinggi merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 92,025 orang membabitkan 28,538 keluarga di 288 PPS sekitar 10 daerah.

Sementara itu, di Terengganu, seramai 41,062 mangsa banjir membabitkan 11,463 keluarga sedang berlindung di 334 PPS yang beroperasi di lapan daerah, manakala di Kedah, 53 PPS dibuka di tujuh daerah yang menempatkan 6,292 mangsa banjir daripada 1,952 keluarga.

Di Negeri Sembilan pula, 2,004 mangsa membabitkan 574 keluarga di empat daerah kini ditempatkan di 14 PPS.

Sementara itu, di Perlis sebanyak tiga PPS dibuka bagi menempatkan seramai 430 mangsa daripada 128 keluarga di tiga daerah.

Selain itu, 10 PPS dibuka di Johor membabitkan dua daerah bagi menempatkan 411 mangsa daripada 125 keluarga.

Di Selangor, 302 mangsa daripada 75 keluarga dan kesemua mereka berlindung di satu PPS (satu daerah), serta seramai 206 mangsa (55 keluarga) menumpang teduh di enam PPS yang dibuka di Melaka (tiga daerah). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI