fbpx

Lori langgar palang besi terpelanting kena penunggang motor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Palang besi yang dilanggarkan sebuah lori menimpa seorang penunggang motosikal dalam kejadian berhampiran Bulatan Dato Onn, berdekatan Bank Negara, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal patah tangan kanan selepas dihempap palang besi yang dilanggar sebuah lori dalam kejadian berhampiran Bulatan Dato Onn, berdekatan Bank Negara, di sini, Rabu lalu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.22 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikerahkan ke lokasi bersama sebuah jentera.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal yang dihempap palang besi selepas dilanggar lori.

“Anggota bertindak pantas mengeluarkan mangsa, seorang lelaki dewasa yang tersepit di bawah palang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI