fbpx

KPWKM bersedia tambah petugas banjir jika diperlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menambah bilangan petugas bagi membantu menguruskan keperluan mangsa banjir di sembilan negeri yang terlibat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pertambahan tersebut adalah bergantung kepada keperluan semasa dan permohonan daripada kerajaan negeri.

“Kita (KPWKM) memang dari hari ke hari sentiada memerhati (situasi banjir) takut ada lagi (negeri) yang memerlukan penambahan petugas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Resepsi Mahligai Cinta Perdana, di sini hari ini.

Katanya, setakat ini petugas tambahan telah dihantar ke Kelantan ekoran bencana banjir yang semakin teruk di kebanyakan kawasan sehingga melebihi 89,000 mangsa terjejas.

“Kita dah hantar petugas tambahan ke Kelantan semalam, petugas kita ambil dari negeri yang tidak begitu terancam banjir buat masa ini.

“Mungkin kita tambah lagi juga (petugas banjir) di Terengganu dan negeri-negeri lain,” jelasnya.

Sementara itu, Nancy turut memaklumkan pihaknya telah memohon bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) untuk membantu melancarkan pergerakan petugas banjir ke lokasi terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI