AMPANG JAYA – Polis menahan seorang suspek berhubung insiden kejar-mengejar antara kenderaan peronda polis (MPV) dan sebuah kereta di sekitar Ampang malam tadi.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, insiden kejar mengejar itu berlaku pada pukul 10 malam.
Jelas beliau, pihaknya menafikan dakwaan berlaku tembak-menembak seperti yang tular di media sosial.
“Suspek bersama kenderaan yang terlibat berjaya ditahan, dan kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang tembak-menembak berlaku dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Mohd Azam, fakta penuh mengenai kejadian akan dimaklumkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE